Tuesday, April 15, 2014

SailfishOS Pada Peranti Nexus 4

Bagi pengguna Nexus 4 yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh memuat-turun sistem operasi Sailfish OS daripada Jolla dan memasangnya pada telefon pintar Nexus 4 anda. Sailfish OS merupakan salah satu evolusi daripada platform MeeGo sebelum ini. Pihak Jolla telah memperkenalkan telefon pintar Sailfish OS mereka sebelum ini, dan kini turut menawarkan fail pemasangan sistem operasi tersebut kepada pengguna Nexus 4. Walaupun boleh digunakan, namun beberapa fungsi masih tidak dapat digunakan ataupun masih belum diuji sepenuhnya. Antara fungsi yang masih belum diuji sepenuhnya adalah fungsi telefoni, sokongan kamera, sensor, Bluetooth, dan pelbagai perkara lain. Ini boleh dikatakan versi pertama yang dikeluarkan untuk “Early Adopter” dan kita akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa untuknya. Selain Nexus 4, pihak Jolla bakal turut menawarkannya untuk Galaxy S3 LTE tidak lama lagi. Pemasangan Sailfish OS di Nexus 4.

No comments: