Facebook melalui inisiatif Internet.org berkongsi beberapa perkara baru yang telah dirancang oleh Facebook Connectivity Lab dalam usaha untuk menawarkan akses internet kepada pengguna seluruh dunia terutamanya di kawasan pedalaman. Untuk menjayakannya, pihak Facebook menggunakan dron, satelit dan juga laser. Facebook juga telah mengambil-alih Ascenta yang pernah hadir dengan prototaip Zephyr – salah satu dron yang dikuasakan oleh solar dan boleh terbang untuk masa yang lama. Perkara ini dilihat merupakan salah satu usaha Facebook untuk inisiatif Internet.org, yang mana ingin membawa akses internet kepada seberapa ramai pengguna yang boleh. Sebelum ini, pihak Facebook ingin mengambil-alih syarikat dron Titan Aerospace, namun tiada maklumat berkaitan dengannya.
Friday, March 28, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment