Friday, March 28, 2014

Samsung Galaxy S5 RM2399

Hari ini pihak Samsung turut memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Samsung Galaxy S5 untuk pasaran tempatan. Menyertakan kemaskini seperti sokongan TouchWiz baru, penambah-baikkan pada bahagian kamera, sokongan sensor tambahan termasuk untuk degupan jantung, dan beberapa perkara yang lain. Sokongan pengimbas cap jari turut disertakan pada Galaxy S5. Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5.1-inci (1920×1080 pixel), cip pemporsesan 2.5GHz empat-teras, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 2800mAh. Dilengkapi dengan sokongan rangkian LTE. Pihak Samsung turut melengkapkan ia dengan kandungan tambahan melalui penawaran Galaxy Lifestyle. Dijual pada harga RM2399 di Malaysia bermula 11 April ini, dan boleh di pra-tempah bermula esok melalui pengedar rasmi Samsung dan syarikat telekomunikasi tempatan. Aksesori lain turut ditawarkan adalah Gear Fit.

No comments: