Tuesday, April 15, 2014

Facebook Bakal Menggunakan Sistem Fail Btrfs

Salah seorang pembangun utama Btrfs iaitu Chris Mason kini telah diambil bekerja oleh pihak Facebook untuk mengetuai proses pembangunan dan perlaksanaan sistem fail Btrfs di Facebook. Memperlihatkan syarikat gergasi tersebut mahu menggunakan sistem fail (filesystem) Btrfs pada pusat pelayan data mereka.  Facebook akan melakukan peralihan kepada Btrfs bermula dengan pelayan peringkat web (web tier) dahulu sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya. Ketika ini Btrfs masih lagi diperingkat beta dan tiada versi yang betul-betul matang. Dengan keputusan yang diambil oleh Facebook untuk menggunakan Btrfs pada pelayan mereka dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana ini akan mempercepatkan lagi proses pembangunan Btrfs untuk mencapai fasa matang sepenuhnya. Btrfs merupakan sistem fail yang terkehadapan berbanding sistem fail yang lain seperti EXT4 kerana kebolehan unik dan moden yang ditawarkan olehnya, antaranya sokongan sub-volume, sokongan filesystem snapshot, dan juga fungsi data self-healing. Btrfs juga merupakan sistem fail yang mesra pengskalaan (scalability-friendly) dengan fungsi seperti online volume growth and shrinking dan juga online block device additional and removal, serta sokongan RAID yang lebih efisien. Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kelebihan dan kebolehan Btrfs, anda boleh merujuk pada artikel ini laman Ars Technica

No comments: