Wednesday, April 16, 2014

Span : Jam Pintar Analog Dan Digital

Rata – rata jam pintar yang ada di pasaran adalah jam digital sepenuhnya. Masalah yang sering dihadapi adalah jangka hayat bateri jam tersebut yang hanya boleh bertahan kurang dari 48 jam. Perubahan kepada jam yang perlu dicas sepanjang masa adalah terlalu drastik dan membuatkan penggunaan jam pintar masih lagi rendah walaupun teknologi ini akan berkembang pesat pada tahun ini. SPAN ialah konsep jam pintar yang menggabungkan teknologi analog dan digital di dalam sebuah jam pintar. Ianya tidak menggunakan skrin sesentuh secara menyeluruh pada muka jam. Sebaliknya sebuah skrin kecil merentangi permukaan hadapan jam yang memaparkan waktu menggunakan mekanisma jam analog konvensional. Span direka oleh Recor and Murray, sebuah studio rekaan yang berpengkalan di San Francisco. Menurut pereka Span, gabungan analog dan digital bukan sahaja mengurangkan penggunaan bateri tetapi mengekalkan astetik jam tangan sebenar. Jam analog masih lagi lebih menarik (dan terjual lebih banyak) dari jam tangan digital dan Recor and Murray berharap Span ialah penyelesaian kepada masalah mereka jam tangan pintar yang sempurna. Sekiranya ada jam pintar yang menggabungkan teknologi terbaik analog dengan kepintaran sistem Google Wear kami rasakan memang kami akan membelinya hari ini. Apakah yang anda mahukan dari sebuah jam tangan pintar ? Adakah jam tangan pintar sesuatu yang anda mahukan di masa hadapan ataupun seperti teknologi TV 3 Dimensi ianya inovasi atau hanya syok sendiri ? Sumber SPAN.

No comments: