Kedua-duanya menggunakan cip pemprosesan empat-teras, dilengkapi skrin bersaiz 4.5-inci ClearBlack, serta membawakan sokongan kerangka yang boleh diubah mengikut citarasa pengguna. Turut menyertakan kamera belakang 5-megapixel dan juga bateri berkapasiti 1800mAh. Nokia turut mengatakan peranti ini akan dilengkapi dengan cip berkuasa rendah SensorCore untuk melakukan beberapa tugasan tambahan termasuk fungsi kecergasan. Membezakan antara kedua-dua peranti adalah sokongan rangkaiannya. Lumia 630 hadir dalam variasi sokongan satu SIM dan dwi-SIM, dan hanya menyokong 3G sahaja. Untuk Lumia 635 pula, ia hadir dengan sokongan rangkaian 4G. Peranti ini turut membawakan rekaan butang kawalan atas-skrin, yang memberikan anda lebih ruang skrin apabila memainkan permainan ataupun menonton video. Lumia 630 dan Lumia 635 akan menggunakan Windows Phone 8.1, selain menyertakan pelbagai aplikasi termasuk sokongan papan kekunci WordFlow, MixRadio, dan pelbagai aplikasi lain. Kedua-duanya dijangka akan dipasarkan bermula bulan Mei ini untuk Lumia 630, sementara Lumia 635 akan dipasarkan bermula bulan Julai.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment