Antara pasaran paling niche di dalam dunia peranti pintar ialah peranti dengan projektor terbina. Kali terakhir peranti pintar muncul dengan kemampuan ini adalah Samsung Galaxy Beam pada tahun 2012. Peranti ini boleh dikategorikan sebagai ujian yang gagal kerana tidak banyak dijual kerana memakan tenaga bateri yang banyak. Tetapi ini tidak menghalang MagicOn sebuah syarikat yang berpengkalan di Hong Kong untuk menghasilkan telefon pintar dengan projektor mereka sendiri yang diberi nama Ayane dengan projektor 42 lumens. Diperkasakan dengan pemprosesan 1 GHz dua teras , 1 GB RAM, skrin sebesar 4″, bateri 2000 mAh dan kamera utama sebesar 5 Megapixel. Menurut MagicOn, Ayane mampu memancarkan imej sebesar 42″ dengan resolusi 480 x 640 pixel. Sumber MagicOn Ayane.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment