Usaha Google dengan Android dilihat bukan sekadar itu sahaja. Hari ini, beberapa gambar antaramuka Android TV tersiar memperlihatkan usaha Google untuk membawa sistem operasi berkenaan ke televisyen. Mengikut beberapa info tersebut, platform daripada Google ini bukan sahaja akan membawakan sokongan untuk menonton kandungan berbentuk video dan filem melaluinya, tetapi turut menyokong aplikasi dan permainan. Beberapa aplikasi utama seperti Hangout, YouTube dan juga Google+ dilihat turut terbina pada Android TV. Google juga akan membawa platform mereka ke ruang tamu, termasuk menggunakan GoogleTV dan juga Chromecast. Dengan adanya AndroidTV, ia akan lebih menarik perhatian daripada pembangun dan pengeluar untuk menggunakan platform mereka di televisyen.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment