Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan siri televisyen terbaru mereka dengan skrin melengkung untuk pasaran Malaysia. Menawarkan sudut tontonan yang lebih luas, selain menawarkan paparan gambar yang jelas berbanding televisyen biasa. Televisyen ini juga turut menyokong paparan UHD, yang membawakan paparan empat kali ganda lebih jelas berbanding paparan HD biasa. Televisyen ini turut hadir dengan algoritma terbina yang membolehkan gambar resolusi rendah dioptimasikan untuk paparan skrin berkenaan. Samsung turut melengkapkan televisyen ini dengan pelbagai ciri-ciri televisyen pintar mereka yang lain – termasuk SmartHub yang diperbaharui. Samsung Curved UHD TV bersaiz 65-inci ini akan dijual pada harga RM21999.
Friday, April 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment