Friday, April 18, 2014

Asus Mengumumkan Zenfone

Hari ini Asus telah mengadakan acara pengenalan produk Zenfone khusus untuk pasaran Asia Tenggara. Terdapat tiga variasi produk Zenfone yang diperkenalkan iaitu Zenfone 4, Zenfone 5, dan Zenfone 6. Kesemua peranti Zenfone menggunakan cip pemprosesan Intel Atom dengan teknologi Hyper-Threading, beroperasi menggunakan Android Jelly Bean yang boleh dikemaskini kepada KitKat. Telefon ini turut menggunakan paparan antaramuka ZenUI dan juga mempunyai dua slot kad sim. Turut disertakan adalah khidmat storan awan Asus Open Cloud yang menyediakan storan 5GB secara percuma serta skrin yang menggunakan Corning Gorilla Glass 3. Antara perkara yang disertakan pada peranti Zenfone ini adalah paparan IPS HD dan kamera dengan teknologi PixelMaster. Paparan antaramuka ZenUI-nya juga membawakan lebih banyak penambahbaikan dan memudahkan pengguna. Zenfone 4 dijual pada harga RM299, Zenfone 5 RM599 dan Zenfone 6 berharga RM899.

No comments: