Friday, April 18, 2014

Google Mengambil-Alih Syarikat Dron

Agak mengejutkan hari ini, apabila Google ingin mengambil-alih syarikat tersebut. Nilai yang terlibat dalam pembambil-alihan tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Teknologi daripada Titan Aerospace ini dapat membantu dalam Project Loon Google – yang ingin membawa internet kepada lebih ramai pengguna. Pihak Google juga dijangka menggunakan teknologi dron ini untuk merakam pelbagai gambar berkualiti tinggi untuk digunakan pada Google Earth dan juga Google Maps. Tidak mustahil juga untuk Google menggunakannya bagi membawakan gambar-gambar masa-nyata dari sesuatu lokasi. Google juga sebelum ini dilihat mempunyai bahagian khas yang membangunkan robot untuk pelbagai kegunaan, dan tidak mustahil untuk kita melihat sebahagian daripada teknologinya diintegrasikan pada produk mereka kelak.

No comments: