Friday, April 18, 2014

Google Memfailkan Paten Kanta Lekap

Google sebelum ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk kanta lekap pintar khusus untuk tujuan kesihatan. Selain menyemak kadar gula dan sebagainya, Google turut mempunyai pelbagai cita-cita tinggi yang ingin dicapai melalui penggunaan kanta lekap. Pihak Google ingin menyertakan sebuah komponen berupa kamera mikro pada kanta lekap. Ia masih memfokuskan kepada menambah-baik kualiti hidup pengguna dan bukannya untuk tujuan rakaman gambar. Daripada apa yang dikongsikan, mereka yang cacat penglihatan boleh menggunakannya untuk mengetahui halangan dihadapan, selain memberikan arahan melalui integrasi bersama penggunaan peranti lain dan sebagainya. Ia boleh  memberikan arahan suara berkenaan keadaan sekeliling seperti keselamatan ketika ingin melintas jalan dan sebagainya. Kamera tersebut juga dikatakan hadir dengan sokongan pengecaman wajah, selain membantu manusia untuk melihat kawasan jauh dengan lebih jelas. 

No comments: