Friday, April 18, 2014

Aplikasi Google Camera

Hari ini Google menambah aplikasi Google Camera didalam Play Store mereka. Menyokong telefon pintar dan tablet yang menggunakan Android 4.4 KitKat sahaja. Aplikasi ini membawakan antaramuka yang serba baru berbanding dengan aplikasi kamera asal di Android, selain membawakan beberapa fungsi baru dan salah satunya adalah Lens Blur. Pengguna boleh merakam sesuatu gambar dan memilih tahap kekaburan gambar latar. Fungsi lain seperti Panorama, Photo Sphere turut disertakan pada aplikasi ini. Sekiranya anda menggunakan peranti Android 4.4 KitKat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store. Muat-Turun Google Camera

No comments: