Friday, April 18, 2014

Aplikasi SlideShare

Bagi yang mengemari mengikuti pelbagai kandungan berbentuk slaid, terutamanya powerpoint dan juga PDF, laman SlideShare mungkin sesuatu yang bukan asing. Hari ini, perkhidmatan tersebut telahpun memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk Android. Pengguna boleh mengikuti pelbagai topik kegemaran mereka, dan membaca dan melihat slaid yang diminati. Sokongan memuat-naik masih tidak disertakan buat masa ini, sebaliknya sokongan untuk “Save” dan “Like” disediakan untuk pengguna membuat rujukan.  Untuk makluman, perkhidmatan SlideShare ini telah diambil-alih oleh LinkedIn termasuk  aplikasi baru ini dan Pulse. Bagi pengguna Android, boleh memuat-turunnya hari ini. Muat-Turun SlideShare

No comments: