Friday, April 18, 2014

Hoverboard & Elevator Angkasa

Google X merupakan salah satu divisyen didalam Google yang memfokuskan kepada pembangunan idea-idea unik dan sukar direalisasikan. Google X pernah bereksperimen dengan beberapa idea seperti yang ada pada filem fiksyen, termasuk bereksperimen dengan idea hoverboard dan juga elevator angkasa. Hoverboard boleh dikatakan agak popular dikalangan peminat cerita Back To The Future. Google pernah cuba membangunkannya dan menggunakan magnet bagi memastikan ia terapung. Ia telah dihasilkan didalam saiz yang amat kecil, tetapi pasukan disebaliknya membatalkan niat tersebut untuk meneruskannya kerana kosnya yang tinggi apabila saiz besar dihasilkan serta tidak memberikan impak yang begitu besar didalam ekonomi dan komuniti. Selain hoverboard, pihak Google X turut bereksperimen untuk membuat elevator angkasa, tetapi ia menghadapi masalah teknikal apabila mereka tidak menemui bahan yang mampu bertahan lebih lama dimana Google ingin menemui bahan seratus kali ganda kukuh daripada besi. Google X sedang melihat pelbagai perkembangan didalam arena Carbon Nanotube. Google X turut dijangka akan memperkenalkan satu lagi projek baru mereka pada tahun ini. Bacaan lanjut berkenaan Google X.

No comments: