Friday, April 18, 2014

Prototaip Telefon Pintar Amazon

Amazon akan menyediakan dua variasi telefon pintar, iaitu berspesifikasi tinggi dan rendah. Untuk versi berspesifikasi tinggi, ia menyertakan empat-sensor hadapan dengan sokongan infrared untuk mengesan kedudukan mata pengguna sekaligus memberikan kesan seumpama 3D pada elemen antaramuka. Peranti ini juga bakal menyertakan pelbagai perisian dan aplikasi yang dioptimasikan untuknya. Sebagai contoh, Amazon Store dikatakan akan menyertakan gambar dalam paparan 3D yang membolehkan pengguna melihat sesuatu produk daripada pelbagai sudut. Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan Snapdragon, memori 2GB RAM serta kamera belakang 13-megapixel. Selain daripada peranti berspesifikasi tinggi, Amazon turut hadir dengan variasi spesifikasi rendah yang tidak menyertakan sokongan 3D. Amazon akan memperkenalkan ia didalam masa dua tiga bulan lagi, dan akan ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sebagai permulaan.

No comments: