Friday, April 18, 2014

LINE Memperkenalkan “Sticons”

Hari ini, LINE melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai “Sticons”. Membawakan gabungan untuk fungsi “emoticon” dan juga “sticker”, dimana pengguna hanya perlu menghantar satu Sticons sahaja, dan ia akan memaparkan imej berkenaan dalam saiz sedikit besar (seperti fungsi “Sticker”), Sebaliknya jika menyertakan lebih dari satu Sticons, maka ia memaparkan imej berkenaan dalam bentuk saiz emoticons. Buat masa ini, pihak LINE menyediakan pilihan sehingga 1000 Sticons dalam lima kategori berbeza, dan dijangka akan ditambah lebih banyak dari hari ke hari. Fungsi Sticons ini hanya menyokong pengguna Android sahaja buat masa ini, dan ia akan diperkenalkan ke versi iOS tidak lama lagi.

No comments: