Friday, April 18, 2014

Microsoft Menguji Sokongan “Live Tiles”

Pihak Microsoft sedang menguji sokongan “Live Tiles” berbentuk interaktif pada skrin Start. Pengguna boleh membuat beberapa tugasan tambahan tanpa perlu membuka sesuatu aplikasi tersebut. Antara yang diperlihatkan adalah melihat emel semasa, melihat aplikasi di desktop, menggunakan sokongan kamera, menggunakan beberapa aplikasi seperti kalkulator dan membuat pelbagai tugasan yang lain. Selain sokongan Live Tiles pada skrin Start, pihak Microsoft turut memperkenalkan sokongan interaktif pada bahagian tepi apabila pengguna sedang menggunakan sesuatu aplikasi. Ia memudahkan pengguna memasukkan sesuatu fail daripada aplikasi lain dengan mudah, sebagai contoh daripada OneDrive.

No comments: