Bagi yang berminat dengan dunia komik, semestinya mengenali salah satu perkhidmatan komik digital popular, comiXology. Pihak Amazon secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan Comixology dan menambah ia dibawah portfolio syarikat mereka. Dengan pengambil-alihan ini, ia akan menguntungkan pihak comiXology, dimana mereka boleh menggunakan sumber Amazon untuk memperluaskan pasaran dan penjualan komik dan juga novel grafik. Pihak Amazon akan terus melabur dalam perniagaan tersebut duntuk membantu pasarannya. comiXology telah dimulakan pada tahun 2007, dan sering hadir dengan beberapa tawaran menarik untuk pengguna. Mereka telah menawarkan pelbagai jenis komik dan novel grafik daripada lebih 75 penerbit terkemuka seluruh dunia. Harga pengambil-alihan comiXology tidak diumumkan oleh Amazon.
Friday, April 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment