Friday, April 18, 2014

Google Menambah-Baik Sekuriti Android

Platform Android sering dikaitkan dengan kadar malware yang tinggi, dimana beberapa aplikasi sangat bahaya ketika dipasang pada peranti anda. Untuk mengatasinya, Google  mengumumkan sokongan baru iaitu “Verify Apps” yang mengimbas aplikasi sebelum ia dipasang. Hari ini, Google memperluaskan penggunaan perkhidmatan “Verify Apps” dengan mengimbas selepas sesuatu aplikasi tersebut dipasang bagi mengenal pasti sebarang perubahan dan bahaya yang dibawakan oleh sesuatu aplikasi tersebut. Google membawakan teknologi imbasan mereka yang dibangunkan oleh pasukan Android dan juga pasukan Safe Browsing (untuk web). Sekiranya menjumpai sesuatu yang meragukan, peranti anda akan memberikan amaran ataupun menghalang terus aplikasi berkenaan dipasang dan memastikan data anda selamat. Pengguna boleh nyah-aktifkan fungsi ini daripada halaman tetapan sekuriti sekiranya tidak menyukainya. Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Google tidak lama lagi.

No comments: