Wednesday, April 16, 2014

Galaxy Ace Style

Samsung hari ini telah memperkenalkan kemaskini peranti untuk keluarga Galaxy Ace, dengan skrin bersaiz 4-inci dan juga Android 4.4 KitKat, dinamakan sebagai Galaxy Ace Style. Menyasarkan kepada pengguna telefon pintar baru dan juga untuk pengguna muda yang inginkan akses asas untuk perkhidmatan sosial melalui peranti mudah-alih. Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Ace Style ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, bateri berkapasiti 1500mAh, kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan VGA. Ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih bermula bulan April ini.

No comments: