Selain pengenalan aplikasi Mailbox untuk Android, pihak Dropbox juga hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Carousel. Merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna menguruskan pelbagai gambar dan video dalam kaedah interaktif. Carousel menggabungkan simpanan gambar di telefon pintar anda, dan juga di akaun Dropbox, dan memaparkannya dalam kaedah menarik mengikut latar masa dan sebagainya. Menariknya mengenai aplikasi ini adalah, pengguna boleh berkongsi memori bersama-sama rakan lain, dan menambah gambar dari rakan anda ke akaun anda sendiri. Muat-Turun Carousel untuk Android.
Friday, April 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment