Friday, April 18, 2014

Nokia 225

Nokia 225 hadir dalam variasi satu SIM dan juga dwi-SIM, dan dilengkapi dengan papan kekunci fizikal serta skrin bersaiz 2.8-inci. Menggunakan sistem operasi berasaskan Series 30+, dan turut hadir dengan sokongan Nokia Xpress Browser untuk membolehkan pengguna melayari internet pada penggunaan data yang rendah. Selain itu, aplikasi seperti Facebook, dan juga Twitter turut hadir bersama peranti tersebut. Hadir dengan kamera belakang 2-megapixel dan radio-FM. Pihak Nokia menjualnya dengan lima permainan yang siap dipasang iaitu Asphalt 6, Block Breaker 3, Assassins Creed 3, The Avengers, dan juga Real Football 2. Menariknya mengenai telefon ini adalah masa bertahan baterinya, dimana boleh bertahan sehingga 36 hari untuk versi satu-SIM, dan juga sehingga 27 hari untuk dwi-SIM. Dijangka berharga sekitar RM180.

No comments: