Friday, April 18, 2014

Adakah BlackBerry Akan Meninggalkan Perniagaan Mereka

BlackBerry boleh dikatakan menerima persaingan sengit daripada pelbagai pengeluar peranti yang lain, membuatkan mereka kehilangan pegangan pasaran dari hari ke hari. Kini, dibawah CEO baru, syarikat BlackBerry sedang melihat kepada pelbagai perkara untuk menjadikan syarikat tersebut ke arah keuntungan. Mengikut laporan terbaru, BlackBerry akan meninggalkan perniagaan telefon pintar mereka sekiranya ia kekal tidak membawakan keuntungan kepada syarikat. Sebaliknya mereka akan memfokuskan sepenuhnya kepada pasaran perusahaan dengan beberapa teknologi sedia ada mereka. Melalui temuramah yang dilakukan oleh Reuters, BlackBerry akan memfokuskan kepada sekuriti rangkaian, dan mereka akan membuat pelaburan untuknya termasuk mengambil-alih serta bekerjasama dengan beberapa syarikat lain. Selain sekuriti rangkaian, pihak BlackBerry juga mempunyai beberapa penawaran lain, termasuk platfrom QNX yang digunakan didalam kenderaan, selain turut memfokuskan kepada perkhidmatan permesejan BBM. Apapun, ia mungkin agak sukar untuk BlackBerry meninggalkan perniagaan popular mereka dan dikatakan mereka akan kekal dalam perniagaan sekiranya berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta peranti setiap tahun. Kemaskini : CEO BlackBerry telah berkongsi mengenai perkara ini melalui blog rasmi BlackBerry, dan mengatakan mereka tidak akan meninggalkan perniagaan telefon pintar mereka, sebaliknya turut memfokuskan kepada beberapa sumber pendapatan lain dalam terus menambah pendapatan syarikat.

No comments: