Wednesday, April 16, 2014

BBM Stickers Dan BBM Shop

Hari ini, dua perkara baru diperkenalkan pada BBM, iaitu sokongan BBM Stickers dan juga BBM Shop. BBM Stickers merupakan gambar ikon bersaiz besar, dan memudahkan pengguna menghantar sesuatu pesanan dan efek dalam gaya sendiri berbanding emoji yang bersaiz kecil. Pelbagai variasi disediakan mengikut watak dan rekabentuk, dan pengguna turut boleh memuat-turunnya melalui BBM Shop. Pihak BlackBerry mengatakan pelbagai variasi BBM Stickers akan ditambah dari semasa ke semasa. Disamping pengenalan BBM Stickers, pihak BlackBerry turut menyertakan sokongan perkongsian gambar ke ruangan sembang Group, dan juga sokongan menghantar fail bersaiz sehingga 16MB melalui BBM. Kemaskini dengan sokongan BBM Stickers dan beberapa fungsi baru ini akan hadir ke BlackBerry 10, Android dan iOS bermula hari ini.

No comments: