Wednesday, April 16, 2014

Cabaran MaGIC PitchIN

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia yang telah diumumkan bersempena Global Entrepreneurship Summit (GES) yang ke-4. Inisiatif ini akan dilaksanakan dan terdapat pelbagai acara serta pertandingan yang dijalankan. Salah satunya merupakan acara kelolaan PitchIN dengan kerjasama Cradle Fund iaitu MaGIC PitchIN Challenge. PitchIN membawakan perkhidmatan pengumpulan dana terbuka (crowdfunding) seperti Kickstarter dengan menawarkan hadiah tunai RM25,000 untuk dua idea bisnes terbaik. Mereka berhasrat untuk membantu mengembangkan idea ke tahap pelaksanaan. Penyertaan diterima untuk individu, berpasukan ataupun mereka yang baru memulakan perniagaan. Sebanyak 20 idea terbaik akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir pertandingan, dimana kesemua 20 idea tersebut akan melalui proses Bootcamp yang bertujuan untuk menyediakan mereka mempersembahakan idea mereka pada platform PitchIN. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah dana terbuka yang diperoleh mereka. 2 pemenang teratas akan memperoleh wang tunai RM25,000 dan 6 pemenang berikutnya akan menerima RM5,000. Mereka juga akan memperoleh dana tersebut sekiranya sasaran dana mereka tercapai. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://pitchin.magic.net.my/

No comments: