Wednesday, April 16, 2014

PayPal Membantu Peniaga Tempatan

PayPal merupakan salah satu platform pembayaran yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Hari ini, pihak PayPal Malaysia berkongsi beberapa data menarik berkenaan penjualan yang dilakukan oleh penjual di Malaysia. Penggunaan PayPal dalam eksport atas-talian ini memperlihatkan peningkatan sehingga 29% dalam tempoh setahun yang lepas (YoY). Malaysia, antara negara yang memperlihatkan peningkatan drastik sepanjang tempoh 2012 hingga 2013 yang lepas dituruti Brunei Darussalam, India, China, Indonesia dan juga Hong Kong. Antara produk popular yang dijual oleh penjual di Malaysia adalah berkaitan dengan percutian (85%), fesyen (80%), percetakkan (40%), perisian (14%) dan kesihatan (28%). Jikalau dilihat dari segi peningkatan penjualan yang mendadak sepanjang tempoh yang sama, penjualan telefon dilihat meningkat 120%, dan turut memperlihatkan perkhidmatan konsultan yang meningkat 77%. Data ini dikongsikan oleh PayPal berdasarkan bancian dan data yang dikumpulkan oleh PayPal untuk tempoh tersebut. Secara keseluruhan, PayPal kini mempunyai lebih daripada 10 juta akaun aktif di Asia Pasifik, dan di Asia Tenggara sahaja terdapat lebih 1.5 juta akaun aktif.

No comments: