Terdapat pelbagai pilihan aplikasi di Google Play Store yang menawarkan sokongan gambar latar menarik. Terkini, salah satu daripada pembangun aplikasi Dash Clock memperkenalkan Muzei. Ia membolehkan paparan gambar latar bertukar setiap hari secara automatik. Pengguna boleh memilih untuk memaparkan gambar daripada Muzei ataupun daripada koleksi rakaman pengguna sendiri. Menariknya pada skrin utama, gambar latar tersebut akan di kaburkan untuk memudahkan penggunaan peranti, dan pengguna boleh dwi-tap pada skrin untuk memaparkan ia dalam gambar sebenar. Pembangun Muzei turut menawarkan API, membolehkan sesiapa sahaja hadir dengan plug-in tambahan untuk digunakan bersama-sama Muzei. Sebagai contoh, salah satu yang telah diterbitkan di PlayStore adalah Muzei Reddit yang menarik gambar-gambar secara automatik daripada Reddit. Muat-Turun Muzei untuk Android.
Tuesday, February 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment