Bagi yang menggunakan router D-Link DIR-615, ada kalanya anda akan menghadapi beberapa masalah berkaitan WiFi, seperti sering terputus, sukar untuk dihubungkan ke peranti lain, ataupun kelajuan internet yang sangat perlahan berbanding biasa. Masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan melalui beberapa langkah yang mudah, sekaligus mengembalikan rangkaian internet yang laju ke peranti anda. Untuk membetulkan masalah berkenaan, anda kena log masuk ke router UniFi anda. Anda boleh lakukannya dengan menaip URL http://192.168.1.1 atau http://192.168.0.1. Anda boleh log masuk dengan menggunakan nama pengguna admin atau operator dan kata laluan h566UniFi. Seterusnya klik pada Advanced. Pada halaman Advanced, klik pada Advanced Wireless. Ubah Wireless Mode daripada 802.11n/g/b kepada 802.11g/b. Sekiranya anda ingin menggunakan 802.11n, maka tukarkan bandwidth kepada 20Mhz sahaja. Penulis mendapati router beroperasi dengan lebih stabil apabila menggunakan 802.11g/b. Ia dilihat tiada impak ke atas kelajuan internet melainkan anda menggunakan UniFi 20Mbps. Seterusnya, mulakan semula router dan modem anda. Cuba sambungkan peranti anda ke sambungan WiFi dari router berkenaan, dan sambungan rangkaian anda akan lebih stabil berbanding sebelumnya.
Tuesday, February 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment