Untuk makluman, Pihak Maxis mengumumkan terdapat perubahan pakej data tanpa had pada Maxis Biz 99 dan Maxis Biz 68. Bermula 19 Februari ini, Maxis dilihat tidak lagi menawarkan data tanpa had pada kelajuan tinggi seperti sebelum ini. Sebaliknya, Maxis akan mengehadkan data pada kelajuan tinggi hanya kepada 10Gb untuk pakej Biz99, sementara kepada 4GB untuk pakej Biz68. Penggunaan data selepasnya adalah percuma, tetapi kelajuan penggunaan akan dikawal dan lebih perlahan berbanding kebiasaan. Perkara ini bukan terhad kepada pakej disebut sahaja, tetapi untuk semua pengguna Maxis yang melanggan perkhidmatan data tanpa had untuk Mobile Internet. Pihak Maxis sendiri dilihat telah mengemaskini halaman “Support” mereka, mengatakan setiap pengguna dihadkan kepada penggunaan 10GB selepas 19 Februari 2014. Selepas melebihi penggunaan, kelajuan akan menjadi perlahan. Tetapi bagi yang ingin kekal menggunakan internet pada kelajuan tinggi, mereka boleh membeli kuota tambahan pada harga tambahan daripada Maxis.
Tuesday, February 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment