Tuesday, February 18, 2014

LG G Pro 2

Hari ini pihak LG memperkenalkan telefon pintar baru mereka, iaitu LG G Pro 2. Peranti bersaiz 5.9-inci ini dilihat menyertakan rekaan dengan butang fizikal pada bahagian belakang, lebih kurang seperti G2 sebelum ini. Menyertakan kamera 13MP untuk rakaman video 4K pada kadar rakaman 120fps, selain beberapa fungsi khusus untuk kamera seperti Magic Focus, Natural Flash, Flash for Selfie, Burst Shot dan juga Gallery Collage. Sokongan teknologi OIS+ turut disertakan untuk membolehkan pengguna merakam gambar yang jelas. Dilengkapi cip Qualcomm Snapdragon 800 2.26GHz, memori 3GB RAM, kamera hadapan 2MP, bateri berkapasiti 3200mAh, dan menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat. LG turut melengkapkan ia dengan beberapa fungsi baru seperti Content Lock (Membolehkan pengguna menambah kata laluan pada fail, gambar dan video), Mini View (Membolehkan pengguna menjadikan skrin kecil untuk penggunaan sebelah tangan) dan juga Dual Browser (Membahagikan skrin kepada dua bahagian).

No comments: