Thursday, April 18, 2013

Android Pada Awalnya Dibangunkan Untuk Kamera

Android hari ini telah menjadi salah satu sistem operasi popular diseluruh dunia, dan digunakan oleh ramai pengeluar peranti. Namun apa yang menariknya, daripada apa yang dikongsikan oleh Andy Rubin, Android pada asalnya dibangunkan untuk kamera dan bukannya untuk telefon pintar. Android  pada awalnya dirancang untuk menjadi asas untuk kamera dengan sokongan internet, dimana boleh menyimpan gambar yang dirakamkan ke internet secara automatik. Namun, memandangkan pasaran fotografi adalah kecil, maka mereka mengubah haluan mereka dengan memfokuskan kepada telefon pintar selepas tempoh 5 bulan. Kini Android telah menjadi salah satu sistem operasi yang mesra untuk digunakan pada pelbagai peranti, termasuk pada kamera. Pada tahun lepas sahaja, Nikon dan juga Samsung masing-masing hadir dengan kamera digital berasaskan Android, selain beberapa pengeluar turut memperkenalkan pemain media berasaskan Android dan sebagainya. Mungkin lebih banyak peranti kita akan dapat lihat akan menjalankan Android, dan mungkin jam tangan pintar yang hangat diperkatakan pada tahun ini juga mungkin akan hadir dengan sistem operasi Android.

2 comments:

parvina said...

I am really greatfull to you as you shared this.I am recently developing an app which is you might be interested to look on it :spotify f

Danny Danials said...

You will like it to enjoy our new app Jurassic World Mod Apk : which you could download and enjoy loose.