Android hari ini telah menjadi salah satu sistem operasi popular 
diseluruh dunia, dan digunakan oleh ramai pengeluar peranti. Namun apa 
yang menariknya, daripada apa yang dikongsikan oleh Andy Rubin, Android 
pada asalnya dibangunkan untuk kamera dan bukannya untuk telefon pintar.
 Android  pada awalnya dirancang untuk menjadi asas untuk 
kamera dengan sokongan internet, dimana boleh menyimpan gambar yang 
dirakamkan ke internet secara automatik. Namun, memandangkan pasaran 
fotografi adalah kecil, maka mereka mengubah haluan mereka dengan 
memfokuskan kepada telefon pintar selepas tempoh 5 bulan. Kini Android telah menjadi salah satu sistem operasi 
yang mesra untuk digunakan pada pelbagai peranti, termasuk pada kamera. 
Pada tahun lepas sahaja, Nikon dan juga Samsung masing-masing hadir 
dengan kamera digital berasaskan Android, selain beberapa 
pengeluar turut memperkenalkan pemain media berasaskan Android dan 
sebagainya. Mungkin lebih banyak peranti kita akan dapat lihat akan
 menjalankan Android, dan mungkin jam tangan pintar yang hangat 
diperkatakan pada tahun ini juga mungkin akan hadir dengan sistem 
operasi Android. 
Thursday, April 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







2 comments:
I am really greatfull to you as you shared this.I am recently developing an app which is you might be interested to look on it :spotify f
You will like it to enjoy our new app Jurassic World Mod Apk : which you could download and enjoy loose.
Post a Comment