Thursday, April 18, 2013

Smart Plasma TV F8500

Samsung Malaysia secara rasminya memperkenalkan beberapa televisyen baru untuk pasaran Malaysia, dimana salah satunya adalah Samsung Smart Plasma TV F8500. Samsung Smart Plasma TV F8500 membawakan Super Contrast Panel dengan gambar yang lebih jelas berbanding beberapa pesaing lain, termasuk mengintegrasikan beberapa ciri-ciri pintar seperti sokongan kawalan suara, Smart Hub dan sebagainya. Ia membawakan cip pemprosesan empat-teras, membolehkan pengguna mengakses pelbagai jenis kandungan, menikmati permainan dan juga pada masa yang sama boleh melayari laman web. Turut dilengkapi dengan sokongan Evolution Kit, membolehkan pengguna menaik-taraf televisyen mereka pada masa akan datang. Untuk pasaran Malaysia, beberapa variasi saiz skrin disediakan, dimana Samsung Smart TV F8500 bersaiz 64-inci berharga RM13999 dan boleh didapati bermula bulan ini.

No comments: