Thursday, April 18, 2013

Memindahkan Data Objek Fizikal Ke Bentuk Digital

Dengan dunia digital yang semakin meluas sekarang ini, semestinya ramai yang inginkan sesuatu yang memudahkan mereka memindahkan data daripada dokumen fizikal ke digital dengan pantas. Untuk memudahkan perkara ini, Fujitsu hadir dengan salah satu teknologi dan antaramuka mesra-sentuh untuk digunakan pengguna. Melalui apa yang diperlihatkan, pengguna hanya perlu memilih sesuatu kawasan data menggunakan jari mereka, dan seterusnya pindahkan ke bentuk digital dengan pantas. Sokongan ini kelihatan bukan sahaja berfungsi pada objek mendatar seperti kertas, tetapi turut boleh digunakan pada objek yang sedikit melengkung seperti buku dan sebagainya. Menariknya mengenai teknologi ini adalah kebolehan mengesan kedudukan jari dengan tepat, dan memilih data pada dokumen. Selain menggunakan sentuhan, teknologi ini juga dilihat boleh dikawal melalui gerakan gesture, tanpa perlu memegang sesuatu objek. Fujitsu mengatakan ia akan dibangunkan secara komersial menjelang tahun 2014.

No comments: