Samsung Malaysia hari ini memperlihatkan beberapa peralatan elektronik untuk digunakan didalam rumah, dan salah satunya adalah penghawa dingin AR13FV. Salah satu ciri menarik pada penghawa dingin ini adalah ia didatangkan dengan sokongan kawalan menggunakan WiFi. Ia membolehkan pengguna mengawal menggunakan sebuah aplikasi khas, dimana pengguna boleh menghidupkan, mematikan, malah mengawal suhu dan sebagainya, terus melalui telefon pintar atau tablet mereka. Aplikasi ini disediakan secara percuma untuk pengguna Android. Selain daripada sokongan kawalan WiFi, ia juga menjimatkan tenaga berbanding penghawa dingin yang lain. Selain itu, turut disertakan dengan sokongan Turbo Cooling dan juga Smart Saver.
Thursday, April 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment