Bagi pemilik blogshop atau perusahaan kecil, mungkin tidak ingin menghabiskan wang yang banyak untuk menyediakan platform pembayaran sendiri dan menguruskannya. Untuk memudahkan perkara tersebut, kini Maybank hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan Maybank2U Pay. Untuk menggunakannya, pengguna hanya memerlukan akaun Maybank2U, dan terhad kepada satu akaun untuk seorang pengguna. Melalui Maybank2U Pay ini, pembeli hanya perlu klik dan menekan butang Maybank2U Pay, dan kemudian terus melakukan pembayaran melaluinya. Selain memudahkan proses pembelian, Maybank juga menyediakan beberapa kelebihan termasuk laporan transaksi yang lebih menyeluruh, termasuk nama dan emel pembayar. Buat masa ini, Maybank hanya menyediakan sokongan Maybank2U untuk pemilik blogshop berasaskan pakaian, aksesori, peralatan elektronik, makanan, dan beberapa kategori yang lain. Baca : Maybank2U Pay
Thursday, April 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment