Pada awal tahun ini, pihak BitTorrent telah melancarkan extension untuk Chrome dalam bentuk Alpha, dinamakan sebagai BitTorrent Surf. Setelah beberapa bulan, hari ini, BitTorrent mengumumkan Surf telah memasuki fasa beta, dan membawakan beberapa penambahbaikkan melaluinya. Bagi yang tidak kenali BitTorrent Surf, ia merupakan salah satu plugin untuk pelayar web, membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan BitTorrent terus pada pelayar web. Pada versi Alpha sebelum ini, ia hanya terhad kepada pengguna Chrome sahaja, tetapi melalui fasa Beta, pihak BitTorrent turut sama membawa sokongan untuk pengguna Firefox. Pihak BitTorrent juga menambah sokongan untuk melihat beberapa kandungan menarik melalui BitTorrent Surf, dan terus memuat-turun melaluinya. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun BitTorrent Surf untuk Chrome atau muat-turun BitTorrent Surf untuk Firefox.
Thursday, April 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment