Friday, September 9, 2011

Tips Permilihan Smartphone Yang Betul

Smartphone merupakan salah satu gadget penting pada masa kini dimana penggunanya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ini kerana smartphone telah mencapai satu tahap di mana ianya berfungsi sebagai telefon, personal digital assistant (PDA) dan juga sebagai sebiji peranti sosial yang dimuatkan dalam satu bentuk yang compact serta elegant. Sebenarnya kalau korang memilih smartphone manapun, ianya tetap mempunyai fungsi yang sama. Tetapi bagi pengguna yang advance, setiap ciri2 smartphone itu sangat dipentingkan kerana ianya berbeza dari satu dengan yang lain. Di sini kita akan lihat bagaimana untuk memilih smartphone yang sesuai dengan diri kita supaya apabila kita sudah membeli sebiji, kita akan sentiasa bersama dengannya.

1. Android
Telefon Android adalah antara smartphone atau telefon pintar yang penggunanya sentiasa bertambah dari hari ke hari. Telefon Android sangat sesuai bagi mereka yang bersifat ingin tahu. Ini kerana Android itu sendiri adalah pecahan daripada Linux, cuma ianya telah di permudahkan untuk kegunaan orang ramai. Kebanyakan gadget Android ini dimiliki oleh kaun lelaki kerana perempuan masih kurang berminat dengan peranti pintar Android yang bersifat teknikal. Jadi, telefon Android ini amat kurang pengguna wanita. Kebanyakan perempuan yang menggunakan Android datang dari mereka yang mempunyai latar belakang tentang teknologi atau mungkin juga ianya merupakan smartphone hadiah daripada suami mereka. Selain itu, telefon Android juga sesuai untuk mereka yang inginkan kebebasan kerana Android membenarkan pengunanya melakukan apa sahaja ke atas telefon mereka, walaupun mungubah file sistem. Ianya bersifat bebas kerana, what you want is what you get. Android juga bukanlah Proprietary OS, ianya adalah sumber terbuka. Sesiapa sahaja boleh mengubah apa yang ada dalam telefon mereka dan membenarkan perkongsian. Ramai yang sudah sedar dengan penggunaan sumber terbuka dan terasa terpanggil untuk menggunakannya.

2. iPhone
iPhone disasarkan bagi mereka yang amat pentingkan elegan dan simple. Kebanyakan pengguna iPhone adalah datang daripada mereka yang kaya dan kurang pengetahuan teknologi. Maksud kurang pengetahuan teknologi di sini adalah, ianya mensasarkan golongan yang mempunyai ilmu IT yang sederhana, tetapi telah dipertingkatkan untuk menjadikan mereka seperti hebat dalam bidang teknologi. Walaupun begitu, ramai daripada mereka yang berada dalam bidang teknologi ini akan memilih iPhone kerana mudah. Buat masa ini, daripada iPhone pertama sehingga iPhone 4, ianya berdasarkan aplikasi semata2. Bagi mereka yang inginkan aplikasi yang banyak dan berguna untuk seharian, iPhone adalah pilihan korang. Banyak aplikasi yang ada dalam telefon pintar lain adalah datangnya daripada iPhone. iPhone juga salah satu telefon yang tidak lagging serta mempunyai sensitiviti yang tinggi. Oleh sebab itu, ianya menjadi pilihan muda mudi sekarang.

3. Blackberry
Blackberry disasarkan untuk mereka yang sentisa bersosial ataupun mereka yang sentisa perlukan internet seperti golongan businessman. Bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan duit lebih untuk data, batalkan niat korang untuk mendapatkan Blackberry kerana Blackberry akan hilang fungsinya apabila tiada internet. Bagi muda-mudi, Blackberry memang seronok kalau korang jenis bersosial kerana Blackberry telah dioptimiskan untuk bersosial. Tetapi kalau dalam Facebook pun hide wall, Twitter hide Tweet, ianya bukan untuk mereka. Ianya memang disasarkan untuk mereka yang sangat pentingkan kehidupan dalam dunia digital.

4. Windows Phone
Bagi mereka yang setia dengan Windows, smartphone yang menggunakan sistem operasi Windows adalah satu pilihan yang tepat. Ianya disasarkan untuk mereka yang sentiasa memerlukan data yang ada dalam komputer, berada dalam telefon. Windows phone adalah sedikit mahal kerana penggguna bukan hanya membeli telefon, tetapi terpaksa juga membayar untuk Operating System nya. Sebab itu Windows phone mahal jika ingin dibandingkan dengan telefon Android.

5. Symbian
Symbian disasarkan untuk mereka yang baru mula berjinak dengan Smartphone. Tetapi kebanyakan mengatakan bahawa Symbian sudah tidak relevan waktu ini kerana smartphone lain telah dipertingkatkan dan telah dipermudahkan. Symbian ini lambat laun akan berkubur jua. Namun begitu, Symbian masih ada ramai pengikut setia yang tersendiri.

Kesimpulanya
Bagi mereka yang ingin membeli smarthone, boleh tengok promosi dari Celcom / Maxis / Digi yang mereka tawarkan. Untuk membeli smartphone yang betul, setiap orang harus fikirkan penggunaannya serta adakah pilihan itu menepati dengan ciri2 yang korang inginkan. Walaupun korang minat iPhone, tetapi korang akan bertukar kepada peranti lain nanti kalau ciri2 yang korang inginkan tiada pada iPhone. Cara yang paling senang adalah mencuba sendiri setiap telefon itu dan paling penting smartphone tersebut perlulah ada internet, kalau tak beli jew Nokia 3210, hahahaha.

No comments: