Friday, September 9, 2011

Pinguy OS 11.04

Pinguy OS adalah Linux yang dibuat berdasarkan Ubuntu dimana dikhaskan untuk mereka yang baru mula berjinak dengan Linux. Walaupun dikatakan dikhaskan untuk newbie, tetapi pengguna professional dalam Linux juga ada yang memakainya. Ini kerana kelebihan yang ada dalam Pinguy itu sendiri membuatkan pengguna asal Ubuntu beralih kepada Pinguy OS.

Kelebihan Pinguy OS
Berdasarkan saiznya yang besar, sudah pasti ianya dilengkapi dengan aplikasi yang pelbagai untuk penggunanya. Dengan melihat target mereka kepada golongan newbie, sudah pasti aplikasinya merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna mereka. Aplikasi yang disediakan adalah aplikasi yang digunakan seharian. Pinguy adalah distro yang senang untuk mendapatkan support. Bagi pengguna Ubuntu, support untuk Ubuntu hanya datang daripada Ubuntu tetapi untuk Pinguy, ianya boleh datang dari tiga sumber iaitu Ubuntu, Linux Mint dan Pinguy sendiri. Selain itu, Pinguy juga senang digunakan oleh pengguna baru dalam Linux. Jika dahulu orang mengatakan Linux Mint adalah untuk newbie, mungkin persepsi telah bertukar kepada Pinguy pada ketika ini.

Kekurangan Pinguy OS
Kekurangan Pinguy OS adalah saiznya yang agak besar untuk di dimuat-turun berbanding dengan saudaranya Ubuntu dan Linux Mint. Dengan saiz yang agak besar, mungkin ramai orang akan fikir dua kali sebelum mendownload. Disebabkan ianya didatangkan dengan software yang banyak, maka ada diantara software yang disediakan itu tidak akan digunakan langsung. Jadi, ianya menjadi satu kekurangan kerana pengguna terpaksa membiarkan atau membuang aplikasi yang tidak digunakan itu. bagi distro lain, apa yang kita nak, kita install. Tetapi bagi Pinguy, apa yang kita tak inginkan, kita buang.

Tweak dalam Pinguy OS
Di dalam Ubuntu, kita menggunakan Nautilus sebagai File Manager, tetapi di dalam Pinguy, File Manager adalah Nautilus Elementary yang merupakan File Manager daripada Elementary OS. Nautilus Elementary ini lebih simple dan cantik berbanding Nautilus. Ianya juga diintegrasikan dengan Mint Menu. Mint menu merupakan salah satu menu pilihan selain daripada menggunakan Gnome Menu. Ini kerana Mint Menu adalah lebih menarik dan tersusun. Applet dalam Pinguy diintegrasikan bersama software sosial seperti chat, IRC, email malah Skype turut diintegrasikan.

No comments: