Kebanyakan daripada kita menggunakan Windows 7, Vista dan Windows XP untuk membuat kerja. Namun begitu, ramai daripada kita sudah diperkenalkan dengan Linux, tetapi untuk mencubanya, kebanyakan orang akan fikir dua kali. Banyak tutorial berkaitan Linux dalam pendrive yang boleh kita dapati, namun kebanyakkannya terlampau susah untuk diikuti oleh pengguna newbie. Tentu kebanyakan daripada korang pernah tonton Bloody Monday iaitu cerita tentang hacker yang bernama Falcon menggunakan pendrive untuk menjalankan Linux dalam PC orang lain. Bersempena dengan itu, ini ada satu tutorial untuk mereka yang berminat dengan apa yang dilihat. Untuk itu, terdapat beberapa software yang diperlukan untuk menginstall linux pada pendrive. Software yang pertama adalah Linux Live USB Creator (LiLi) dan Portable VirtualBox. Mula2 korang kena download .iso linux yang korang inginkan. Saya cadangkan korang cari linux yang menggunakan desktop environtment XFCE kerana lebih ringan berbanding Gnome dan KDE. Jadi korang boleh la download Linux Mint XFCE pada halaman rasmi Linux Mint. Jadi untuk download LiLi, korang boleh download di Linux Live USB Creator (LiLi). Manakala untuk Portable Virtual Box korang boleh download di Portable Virtual Box.
Friday, September 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment