Friday, September 9, 2011

Apa Yang Terselindung Diantara FB, CIA & AS

Jika dilihat hari demi hari, penggunaan media sosial sebagai alat perhubungan merupakan satu penyakit dalam masyarakat kita. Kita lebih suka berhubung menggunakan media sosial daripada bertemu dengan mereka yang sebenar. Selain itu, media sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan antara penulis blog dengan pembacanya. Bagi kebanyakan orang, Facebook merupakan alat komunikasi yang agak berkesan yang ada sejak ianya mula dibina pada tahun 2004. CIA bertanggungjawab memeriksa setiap mesej yang dihantar melalui Facebook yang mengandungi maklumat yang disebarkan secara rahsia ? Faacebook merupakan satu laman yang sangat diminati oleh CIA.

Dimana CIA sanggup melakukan apa sahaja asalkan maklumat dalam Facebook dapat ke tangan mereka. Kita boleh lihat sendiri apa yang CIA lakukan untuk mendapatkan maklumat seperti alamat email, alamat rumah, gambar rakan dan apa2 info tentang diri kita. Facebook juga mengumpul informasi tentang diri kita daripada sumber lain. Foursquare yang kita sambungkan pada Facebook. Twitter dan bermacam2 lagi. Tidak lupa juga rakan2 kita yang telah tagkan gambar kita pada Facebook. Lokasi anda pada masa2 tertentu apabila anda check-in. Dengan menggunakan Facebook, kita telah bersetuju bahawa segala data peribadi kita akan dihantar kepada pihak US.

Selain itu, bagi mereka yang pernah mencipta sistem, pasti akan mengetahui apa yang dapat dilakukan oleh pencipta sistem tersebut. Semua data dapat diakses penuh oleh orang yang membina sistem. Bagi Mark Zuckerberg, tekan sahaja papan kekunci di hadapan, terus semua data anda akan dipaparkan bermula daripada anda menggunakan Facebook walaupun mungkin apa yang telah anda padam. Walaupun tidak elok, tetapi saya tahu apakah kuasa yang dipegang oleh seseorang yang berpangkat Super Administrator. Facebook dapat mengumpulkan data peribadi anda selain daripada laman profile anda, mereka mendapat apa yang anda telah tulis di wall anda.

Interaksi anda melalui blog, laman Facebook yang lain, laman artis kegemaran, group, permainan yang anda mainkan di Facebook dan sebagainya dapat digunakan untuk melengkapkan profile anda. Selepas Facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg, ianya dikira sebagai satu projek yang sangat berjaya. Dengan kejayaan itu, bekas CEO Paypal iaitu Peter Thiel telah melaburkan sebanyak US$500,000 kepada Facebook. Dengan itu, Facebook mula bertakhta dan menunjukkan belangnya. Kemudiannya dapat diketahui bahawa Peter Thiel adalah orang yang ada kaitan dengan CIA.

DARPA kemudiannya malancarkan program “Information Awareness Office” kepada Amerika Syarikat. Program ini dikatakan mencabul hak asasi orang ramai dimana kerajaan mendapat akses tentang apa yang kita lakukan seperti melihat apa yang kita buka di internet, sejarah transaksi duit, pembelian secara online, ataupun apa2 yang menggunakan identiti. Berhati2 apabila anda menggunakan Facebook. Sebaiknya baca apa terma dan syarat yang telah ditulis oleh mereka yang berkenaan dan cuba fahamkan apa yang ditulis. Ini mungkin dapat membantu kita dalam berhati2 semasa menggunakan mana2 laman sosial yang lain. Ingatlah. Once you post in the internet, it stays !!

No comments: