Nokia telah mengeluarkan kenyataan mereka bahawa terdapat lebih 50,000 aplikasi yang boleh di muat turun daripada Ovi Store mereka. Mereka juga menyatakan bahawa lebih 6.5 juta aplikasi dimuat turun setiap hari. Ini telah menunjukkan pertambahan kepada jumlah download mereka di mana pada bulan Jun lepas terdapat 48,000 aplikasi dan 6 juta muat turun setiap hari. Walaubagaimanapun, angka ini masih boleh dikira sedikit jika ingin dibandingkan dengan telefon pintar iPhone dan Android. Pada tahun 2010 sahaja, Apple App Store telah mencapai 400,000 bilangan aplikasi pada store mereka. Manakala aplikasi Andoroid pula adalah sekitar 200,000 jenis aplikasi yang boleh di muat turun dari Android Market. Walaupun mereka menunjukkan kemerosotan penjualan telefon bimbit, namun begitu pertambahan pada bilangan aplikasi dan muat turun pada setiap hari adalah melonjak dari bulan sebelumnya. Ini mungkin merupakan berita baik buat Nokia sendiri. Selain itu, kita juga masih tertunggu2 dengan peranti Nokia yang akan menggunakan Windows Mobile. Diharapkan Nokia akan berada pada taraf yang sama dengan iPhone dan Android pada masa yang akan datang.
Friday, September 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment