Sunday, September 4, 2011

Tiada Tempat Sehebat Roma

Jurulatih Roma, Luis Enrique menegaskan pemain sasaran Manchester City, Daniele De Rossi mahu kekal di kelab itu. Pemain kebangsaan Itali itu masih belum melanjutkan kontraknya dengan pasukan Serie A tersebut, dengan perjaniian terkininya bakal tamat musim panas depan. Bos City, Roberto Mancini baru-baru ini melabel De Rossi, 28, sebagai ‘sangat sempurna’ untuk kelab itu. Namun bos Roma, Enrique mengharapkan midfielder itu kekal di Rom musim depan. Dia berkata : Kontrak Daniele tamat tahun depan dan dia sedang berbincang untuk lanjutkannya. Dia berkata dia mahu kekal dan kelab mahu simpannya dan saya hanya setakat mampu memujinya. Namun ,dua pihak harus capai persetujuan.

No comments: