Midfielder Liverpool, Alberto Aquilani akan kembali ke Itali bersama AC Milan untuk sepanjang musim ini selepas bersetuju langkah pinjaman ke San Siro. Bekas pemain Roma tersebut beralih ke Anfield pada 2009 tetapi bergelut untuk membuat impak di Liga Perdana Barclays dan hanya dibenarkan menghabiskan kempen 2010/11 di Serie A bersama Juventus. Kini Milan telah mendapatkan pemain antarabangsa Itali berusia 27 tahun itu, dengan perjanjian hanya bergantung pada keputusan ujian perubatan. Saya gembira untuk datang ke sini, kata Aquilani. Ini satu lonjakan dalam karier saya. Saya datang ke Milan bagi bermain dengan baik. Saya berbeza dengan (Bekas midfielder AC Milan) Andrea Pirlo, tapi ini tanggungjawab saya. Saya yakin saya boleh bermain di semua posisi tengah. Klausa saya sekurang-kurangnya membuat 25 penampilan? Itu tak menjadi masalah bagi saya dan saya tak memikirkan tentangnya. Saya akan melakukan segala yang mungkin untuk meraih keyakinan kelab.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment