Para pemain yang mengerumuni pengadil bagi membantah keputusan boleh diarahkan keluar padang bagi kempen Liga Juara-juara yang baru ini. Langkah itu didedahkan Pierluigi Collina, antara pengadil yang paling terkenal, yang kini bertugas selaku ketua pegawai unit pengadilan UEFA. Collina menyatakan para pengadil di dalam dua kejohanan kelab Eropah musim ini telah diarahkan supaya bertindak lebih tegas berbanding sebelumnya. Kami tak mahu melihat pengadil dikelilingi pemain, yang mana pemain berlari dari jauh untuk mengerumuni pengadil," kata Collina. "Mereka boleh diberikan kad merah. Sudah tentu salah satu perkara yang kami perlu tingkatkan adalah menghentikan tingkah laku sedemikian. Itu sesuatu yang tak baik. Collina kemudiannya mengumumkan unsur jenayah yang serius tidak akan diterima sama sekali. Kami tak perlukan doktor-doktor di padang. Kami tak mahu adasituasi yang mana kami melihat pemain patah kaki. Lebih baik meyakinkan pemain berhenti sebelum mereka melakukannya, kata Collina. Lihat apa yang berlaku kepada Eduardo (pemain Arsenal) beberapa tahun lalu. Itu mengejutkan. Jika ada risiko serius yang boleh membahayakan keselamatan pihak lawan, ini perlu dikeluarkan sebelum ada kecederaan yang sebenar.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment