Striker Manchester City, Mario Balotelli sekali lagi menyatakan kesanggupan berhenti di England dengan mengaitkan kelab Itali, Palermo. Balotelli, 20, sering dikaitkan dengan langkah kembali ke tanah airnya dan tidak merahsiakan keinginan untuk satu hari nanti menyertai wira zaman kanak-kanaknya, AC Milan. Kini Balotelli telah mengenal pasti kelab Sicily sebagai tempat yang diminatinya untuk bermain, mencetuskan lagi bayangan yang harinya di Eastlands kini hanya menunggu masa. Adakah anda tahu di mana saya mahu bermain ? Palermo, dedah bekas striker Inter Milan itu. Itu tempat yang bagus, dengan mataharinya. Balotelli baru-baru ini mengkritik cuaca di Manchester dan kian dipinggir di City berikutan ketibaan Sergio Aguero dan prestasi baik yang ditunjukkan Edin Dzeko.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment