Samuel Eto'o telah menjadi pemain bergaji paling tinggi di dunia selepas meninggalkan Inter Milan untuk menyertai kelab Russia, Anzhi Makhachkala. Penyerang Cameroon berusia 30 tahun itu akan menerima gaji setinggi £345,000 seminggu selepas cukai dengan Anzhi bersetuju membayar yuran perpindahan £22 juta untuk khidmatnya. Anzhi dimiliki oleh bilionair Russia, Suleyman Kerimov dan turut memiliki legenda Brazil, Roberto Carlos dan bekas pemain Chelsea, Yuri Zhirkov dalam skuadnya. Eto'o menjaringkan 21 gol dari 35 perlawanan Serie A untuk Inter musim lepas, selepas membantu Barcelona memenangi Liga Juara-Juara tahun 2006 dan 2009. Beliau menjaringkan gol kemenangan final ke atas Arsenal dan Manchester United.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment