Midfielder Liverpool, Alberto Aquilani kini dikhabarkan hampir mempersetujui terma peribadi dengan AC Milan. Bekas bintang Roma, yang telah gagal memberi impak terhadap Merseyside sejak menyertai kelab Anfield itu di bawah Rafael Benitez, dilihat menjadi pemain lebihan bagi perancangan Kenny Dalglish. Aquilani dikaitkan dengan kembali ke tanah airnya sepanjang musim panas dengan Fiorentina dan Juventus, yang mana dia menghabiskan sebahagian besar musim lalu secara pinjaman. Kedua-duanya dilaporkan berminat mendapatkan tandatangannya. Dengan Liverpool mahu meraih kembali sebahagian daripada wang yang dihabiskan ke atas midfielder musim panas ini, pemain antarabangsa Itali itu dilihat cenderung menuju pintu keluar Anfield. Presiden AC Milan, Silvio Berlusconi merupakan peminat pemain Liverpool itu, melihatnya sebagai pengganti yang tepat untuk Andrea Pirlo yang beralih ke Juventus pada musim panas ini. Saya sukakannya, dia pemain yang menarik. Saya telah bercakap tentang hal ini dengan (Adriano) Galliani dan (Massimiliano) Allegri. Kita akan lihat, kata Berlusconi.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment