Mozilla mengambil tindakan menyekat dan menyenaraihitamkan Mozilla Sniffer, perisian add-ons bagi Firefox yang dibangunkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat daftar masuk pengguna yang memindah turun perisian terbabit. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman blog, baru2 ini, Mozilla dipetik berkata, Mozilla Sniffer yang sebelum ini boleh didapati menerusi laman addons.mozilla.org sejak lima minggu lalu sudah dimuat turun sebanyak 1,800 kali. Perisian ini dikesan memotong data daftar masuk dan menghantarnya ke satu pelayan kawalan yang kononnya terhenti. Mozilla Sniffer bukan dibangunkan Mozilla dan kami tidak pernah menyemaknya. Sungguhpun setiap perisian add-ons Firefox diimbas bagi mengelakkan jangkitan virus tojan dan perkakasan buruk lain, sesetengah aktiviti berniat jahat cuma boleh dikesan melalui semakan kodnya, kata Mozilla. Sehubungan itu, Mozilla sedang berusaha melaksanakan model keselamatan baru bagi addons.mozilla.org. Selepas ini, setiap perisian add-ons untuk Firefox perlu lebih dulu menjalani semakan kod sebelum boleh disenaraikan di addons.mozilla.org.
Thursday, September 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment